Dua Penulis FMM Memenangi Anugerah Media ICT Ketua Menteri Ke-9

IMG_5151-1_1

RAKAN Sarawak (Faradale Media-M Sdn Bhd) telah berjaya meraih tempat kedua dan ketiga bagi kategori Bahasa Malaysia ‘Anugerah Media ICT Ketua Menteri Sarawak, Edisi ke-9, anjuran Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan hadiah kepada para pemenang di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 9 November 2016.

Turut hadir di majlis tersebut ialah, Pengarah Unit Sumber Manusia Negeri (USMN) Encik William Patrick Nyigor, Pengerusi SAINS Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan serta Ketua Pegawai Eksekutif SAINS Datuk Teo Tien Hiong.

Penulis RAKAN Sarawak, Remid Tajan memenangi hadiah kedua untuk artikel bertajuk “Program Bandar Selamat, 138 Kamera CCTV Beroperasi di Sarawak, manakala Muhammad Fuad Jobli pula memenangi hadiah ketiga dengan artikel bertajuk “Kelebihan Aplikasi Khidmat Mesej untuk Tugasan Harian”.

Kedua-dua artikel dikeluarkan dalam buletin RAKAN Sarawak terbitan Faradale Media-M Sdn Bhd. Untuk membaca lanjutan artikel tersebut bolehlah melayari laman web RAKAN Sarawak: www.rakansarawak.com

Anugerah ICT ini adalah hasil cetusan idea Ketua Menteri dan telah dianjurkan sejak tahun 2007.

Pertandingan ini dianjurkan oleh SAINS dengan kerjasama Unit Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICTU) Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Penerangan Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Angkatan Zaman Mansang Sarawak(AZAM).

Pertandingan dianjurkan bertujuan untuk menggalak penulisan laporan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT daripada wartawan dan penulis Sarawak dalam usaha mempromosikan penggunaan ICT serta kepentingan ICT kepada rakyat Negeri ini.

Pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kategori Bahasa Malaysia; Bahasa Inggeris; dan Bahasa Cina.

Pemenang kategori Bahasa Malaysia ialah Haini Darani daripada Utusan Sarawak.

Manakala bagi kategori Bahasa Inggeris pula, ketiga-tiga pemenang ialah dari Borneo Post; Sharon Kong Yih Hieng di tempat pertama, Yvonne Tuah Merawin tempat kedua dan Joanna Yap tempat ketiga.

Kategori Bahasa Cina dimenangi oleh ketiga-tiga wartawan daripada Sin Chew Daily, iaitu Jong Wan Joon di tempat pertama, Chien’g Jen Ling tempat kedua dan Liong Chai Ee tempat ketiga.

Comments are closed.