CENTEXS Perkenal Covid-Buster, terowong sanitasi pertama di Sarawak

art 83-01

Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) melalui CENTEXS Teknologi telah memperkenalkan serta membangunkan terowong sanitasi cegah virus atau Covid-Buster yang pertama di Sarawak.

Alat yang dikenali sebagai C-Mosh Sanitizer ini direka dua minggu lepas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula,menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman ketika melancarkan di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka di bandar raya Kuching.

Antara manfaat penggunaan alat ini, jelasnya ia dapat mengurangkan risiko orang ramai daripada terkena jangkitan wabak COVID-19 di samping hanya mengambil masa 10 hingga 15 saat sahaja untuk proses sanitasi menerusi terowong ini menggunakan bahan semburan yang diperakui selamat

Alat yang dibangunkan sepenuhnya oleh CENTEXS Teknologi dan diedarkan oleh CENTEXS Commercial ini berharga RM10,000 seunit bagi saiz besar yang sesuai untuk digunakan di pusat-pusat komersial dan premis awam serta swasta dan RM5,400 seunit bagi saiz kecil untuk penggunaan di kediaman-kediaman persendirian.

Bahan kimia yang digunakan bagi semburan adalah klorin dioksida yang diperakui selamat untuk tujuan pembasmian kuman.

Teknologi pembuatan sentrifugal kabus yang digunakan mampu mengeluarkan jutaan kabus sejam dalam saiz 5 mikron hingga 10 mikron bagi tujuan nyah kuman secara segera dan efektif.

Setakat ini, pihak CENTEXS mempunyai 25 unit alat ini dengan empat daripadanya ditempatkan di Plaza Merdeka ini dan turut mengesyorkan pihak yang berminat boleh mendapatkannya melalui sewaan pada kadar tertentu.

Untuk pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi CENTEXS Commercial di talian 082- 846408/846619 dan mengambil masa dua jam sahaja untuk pemasangan.

Comments are closed.