Membuka Pasaran Eksport Antarabangsa Melalui STATOS

art 86-01-20

Menyedari bahawa pasaran domestik yang agak terhad serta kepentingan Sarawak dalam memastikan pasaran eksport untuk industri makanan terus berkembang, Sarawak telah mengambil langkah ke hadapan termasuklah mewujudkan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak -Singapura (STATOS) di Singapura tahun lepas (2019).

Inisiatif Penubuhan STATOS adalah salah satu strategi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak untuk meneroka pasaran global, membawa lebih banyak pelaburan, menggalakkan perdagangan termasuklah  menarik lebih banyak pelancong.

Walaupun, secara hakikatnya perkembangan pasaran eksport secara tradisinya merupakan domain sektor swasta, tetapi kerjasama antara pihak Kerajaan Sarawak dan sektor swasta tempatan amat diperlukan untuk mendapatkan akses ke pasaran global yang lebih luas. Atas dasar tersebut, Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah telah mengalakkan pengeksport makanan tempatan Sarawak untuk memanfaatkan dan mengambil peluang kelebihan perkhidmatan yang telah disediakan tersebut. Selepas pembukaan rasminya pada Ogos, beberapa syarikat pengeluar makanan tempatan telah memperolehi pasaran baharu di sana antaranya ialah Syarikat Borneo Eco Fish Sdn Bhd yang menjalankan ternakan ikan tilapia dalam sangkar di empangan Batang Ai, Sri Aman dengan penghantaran pertama sebanyak 12 tan ikan tilapia merah pada 3 Oktober 2019.Syarikat lain seperti Syarikat Sea Horse Corporation Sdn. Bhd sebagai   pengeluar udang terbesar di Sarawak  pernah mengeksport udang beku ke Australia, China, Jepun, New Zealand, Qatar dan Vietnam. Melalui penyertaan mereka dalam STATOS, syarikat itu berjaya menjual 200 tan metrik udang beku ke Singapura oleh akhir bulan September tahun lepas.

Comments are closed.