Penutup Hidung dan Mulut akan Diagihkan Bermula Jumaat Ini

art 85-01-20

Rakyat Sarawak bakal menerima penutup hidung dan mulut percuma bermula pada Jumaat, 17 April 2020.

Menurut Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, setiap isi rumah di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai zon merah akan menerima sebanyak enam keping manakala kawasan zon jingga dan hijau pula akan menerima sebanyak empat keping.

Tambah beliau, peralatan berkenaan kini sedang dalam proses pembungkusan sebelum dihantar ke jawatankuasa pengurusan bencana peringkat bahagian dan daerah masing-masing dan pengagihan akan diselaraskan oleh Pejabat Residen dan Pejabat Daerah.

Pada Mac lalu, Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg mengumumkan Kerajaan Sarawak membeli dua juta penutup mulut dan hidung untuk diagihkan secara percuma kepada rakyat Sarawak.

 

Pemberian peralatan percuma tersebut adalah salah satu inisiatif di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang dalam usaha Kerajaan Sarawak menangani pandemik penyakit Virus Corona 2019 atau Covid-19 yang melanda seluruh dunia sekarang.

Comments are closed.