SME Online Berhad Membimbing Usahawan dalam Perniagaan Digital

Art-82-01

SME Online Berhad menerusi platform Randau Digital memberi pendedahan kepada usahawan luar bandar tentang manfaat ekonomi digital

Kerajaan Sarawak melalui SME Online Berhad komited dalam usaha memperkasa usahawan Bumiputera Sarawak dengan membantu mereka membangunkan platform perniagaan secara digital bagi tujuan pemasaran produk.

SME Online Berhad menganjurkan kursus dan bengkel bagi membantu usahawan mencipta laman web dan aplikasi agar mereka dapat memasarkan produk mereka bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Bagi setiap kursus dan latihan yang ditawarkan, pihak SME Online hanya mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM680 sahaja.

Selain menawarkan kursus dan bengkel, SME Online turut menyediakan perkhidmatan mencipta logo dan percetakan untuk peserta.

Untuk memudahkan pihak SME Online Berhad berhubung dengan para usahawan, pihak pengurusan mempunyai pangkalan data setiap usahawan yang berniaga secara atas talian dan usahawan yang sudah mempunyai jenama produk serta pembungkusan produk mereka sendiri.

SME Online Berhad akan memberikan cadangan, nasihat dan kaedah terbaik kepada usahawan yang sudah mempunyai produk dan sekiranya mereka ingin membangunkan produk tersebut.

Hal ini kerana, setiap usahawan yang ingin meluaskan perniagaan mereka sehingga ke luar negara, harus menitik beratkan kualiti produk dari aspek pelabelan, pembungkusan dan penjenamaan.

Comments are closed.