Inisiatif Kerajaan Membantu Usahawan Luar Bandar

Art-88-01

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) didedahkan dengan penggunaan teknologi digital serta manfaatnya dalam dunia perniagaan dan keusahawanan

Dunia perniagaan dan keusahawanan di seluruh dunia pada hari ini sedang mengalami perubahan drastik kesan daripada revolusi teknologi digital.

Semakin ramai peniaga tidak lagi menjalankan perniagaan di kedai atau pejabat biasa namun tetap berinteraksi dengan pelanggan atau pembekal melalui internet dan telefon pintar.

Kemunculan perniagaan-perniagaan alam maya atau secara atas talian seperti Shopee, Zalora, Lazada dan sebagainya adalah sebahagian daripada kesan revolusi perniagaan digital.

Kemajuan dalam bidang teknologi dan digital ini secara tidak langsung telah membuka peluang kepada individu termasuk masyarakat di luar bandar mengembangkan perniagaan mereka secara atas talian selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak memperkasakan ekonomi digital di negeri ini.

Oleh itu, Kerajaan Sarawak melalui Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) telah menjelajah ke seluruh Sarawak untuk mengadakan bengkel Randau Digital khas untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar mereka boleh membantu usahawan di kawasan masing-masing memanfaatkan teknologi digital dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Bengkel yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) itu merupakan platform terbaik untuk membimbing JKKK dan usahawan luar bandar menggunakan kaedah serta strategi terbaik untuk memasarkan produk mereka.

 

Comments are closed.