‘GERAK Malaysia’ Aplikasi Terbaharu Menangani Wabak Covid-19

art-94-01

Aplikasi GERAK MALAYSIA yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store (Android) dan iOS (IPhone)

‘GERAK Malaysia’ merupakan sebuah aplikasi baharu yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengesan pengguna yang disahkan positif Covid-19 dan kontak rapat berasaskan lokasi sebagai usaha membendung penyebaran virus.

Melalui pengesanan tersebut, ia akan memudahkan pihak berkuasa mengarahkan mereka menjalani pengasingan di rumah atau mendapatkan rawatan kesihatan dengan segera.

Selain memaparkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan wabak Covid-19, mengumpul data pengguna serta merekodkan kesemua lokasi dimana pengguna pernah berada, antara fungsi lainnya ialah untuk memastikan pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store (Android) dan iOS (iPhone) manakala untuk mendaftarkan pada aplikasi ini, pengguna hanya perlu memberikan maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, emel serta nombor telefon.

Pengguna tidak perlu log maasuk kerana ia menggunakan integrasi OTP dan nombor telefon, kemudian ia akan meminta akses lokasi untuk mengesan pergerakan individu yang didapati positif Covid-19 bagi memudahkan pihak berkuasa memantau pergerakan mereka.

Setelah memberikan akses lokasi, aplikasi ini hanya memaparkan satu halaman sahaja seterusnya membolehkan anda menjana kod QR yang digunakan sebagai kebenaran untuk pengguna keluar dari rumah semasa dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Data daripada aplikasi ini akan digunakan sebagai laporan dan statistik yang akan digunakan untuk tempoh enam bulan selepas tamat PKP.

Comments are closed.