Zakat Fitrah Sarawak tahun ini boleh dibayar secara dalam talian

art-22042020-zakat-online

Kadar zakat fitrah negeri Sarawak yang ditetapkan RM7 pada tahun ini (2020), boleh dibayar secara dalam talian.

Demikian menurut satu kenyataan dari Pejabat Mufti Negeri Sarawak, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menyediakan pembayaran zakat secara dalam talian melalui Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek), MyEG, Maybank2U dan Snap N Pay.

Pada masa yang sama , TBS juga masih meneruskan kaedah tradisional pembayaran menerusi amil yang dilantik.

Seramai 779 amil zakat fitrah seluruh Sarawak masih sah tempoh perkhidmatan mereka tetapi tertakluk kepada perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perkhidmatan mereka akan disesuaikan mengikut kesesuaian semasa

Buat masa ini, amil dibenarkan untuk melaksanakan tugas mereka di rumah dan mungkin juga akan disesuaikan ke lokasi masjid atau surau, namun ia tertakluk kepada perkembangan PKP.

Kesemua amil yang dilantik akan dibekal dengan kit zakat fitrah dengan tambahan peralatan perlindungan peribadi (PPE) seperti topeng mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman.

Mengenai pembukaan kaunter zakat fitrah di kompleks komersial atau tempat terbuka yang mudah dikunjungi, ia bergantung kepada permohonan dari pihak berkenaan, namun jika PKP masih dikuatkuasakan sepanjang Ramadan, kemungkinan tidak ada perkhidmatan kaunter pembayaran di lokasi terbabit.

Justeru, sebarang pertanyaan atau pencerahan mengenai pelaksanaan zakat fitrah ini, boleh mengemukakan soalan di emel admin@tbs.org.my atau Facebook (FB) Tabung Baitulmal Sarawak

Selain itu, orang ramai juga boleh berhubung dengan pegawai TBS iaitu

Ahmad Termizi Saini di Ibu Pejabat TBS di talian 013-8135152); Norzahan Bahani di Pejabat Cawangan TBS Samarahan (011-26192144), Shamsul Bahri Manap di Pejabat Cawangan TBS Sri Aman (013-8195317), Ali Mat di Pejabat Cawangan TBS Sarikei/Sibu (016-8985223), Osman Immun di Pejabat Cawangan TBS Mukah (010-7806422), Zaini Ramli di Pejabat Cawangan TBS Bintulu (011-16065386), Marini Juraibi di Pejabat Cawangan TBS Miri (019-4842133) dan Junidi Lamat di Pejabat Cawangan TBS Limbang (014-2731474).

 

Comments are closed.