Aplikasi Bantuan Darurat Tabung Baitulmal, Lebih Mudah dan Pantas

art 105-apps-darurat-TBS

Tabung Baitulmal (TBS) akan memastikan golongan asnaf di Sarawak terjaga dari segi bekalan barangan asas selain bertindak membantu masyarakat Islam yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.

Bagi menangani keadaan tersebut, TBS telah memperkenalkan aplikasi bantuan darurat bagi memudahkan permohonan bantuan khas COVID-19 dengan pantas.

Walaupun, sebelum ini, TBS ada memperkenalkan aplikasi Jejak Asnaf tetapi ia di dapati kurang berkesan ketika itu disebabkan pemprosesannya masih secara manual.

Melalui aplikasi bantuan darurat yang boleh dimuat turun menerusi daruratapp.tbs.org.my, sekurang-kurang dalam masa sehari ia dapat membantu kira-kira 4,642 pemohon.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengurus Besar TBS Datu Haji Abang Shibli Haji Abang Nailie di Kuching baru-baru ini.

Aplikasi Darurat TBS merupakan aplikasi mudah alih terkini dari Tabung Baitulmal Sarawak bagi menyantuni permohonan bantuan khas COVID19 dengan pantas.

Antara kelebihan aplikasi bantuan darurat TBS ialah membantu untuk memproses maklumat yang diperolehi daripada pemohon, memudahkan untuk menjejak golongan sasar yang memerlukan bantuan, menentukan kelayakan pemohon secara automatik dan membantu mempercepatkan proses bayaran bantuan

Pemohon terlebih dahulu boleh memuat turun aplikasi bantuan darurat menerusi daruratapp.tbs.org.my.

Setelah selesai muat turun, pemohon dikehendaki untuk mengisi nombor kad pengenalan serta perlu muat naik gambar swafoto atas tujuan keselamatan.

Pemohon turut dikehendaki menjawab beberapa soalan untuk memastikan pengesahan.

Untuk rekod, penerima kategori keluarga akan menerima bantuan berjumlah RM250, manakala bagi kategori bujang RM100.

Comments are closed.