Program Jangka Panjang untuk memulihkan ekonomi Sarawak Pasca COVID-19

KUCHING, 10 April -- Pemandangan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dirakam dari udara, hari ini. Kerajaan berusaha untuk mengembalikan status negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu negeri-negeri Tanah Melayu (kini Semenanjung) seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) semasa pembentukan negara ini.  Walaubagaimanapun, usaha tersebut gagal mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi di Dewan Rakyat malam tadi. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA


Bagi memastikan ekonomi negeri Sarawak akan terus mampu untuk berkembang walaupun dalam keadaan yang sukar, satu program jangka panjang untuk memulihkan ekonomi Sarawak pasca COVID-19 akan diumumkan untuk manfaat semua rakyat Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja 2020 berkata ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat untuk terus mempunyai kemampuan untuk mendapat pekerjaan dan menerima pendapatan yang konsisten untuk menyara diri dan keluarga.

Jelas beliau, sudah tentu ekonomi pasca COVID-19 akan berubah selepas ini dan beliau akan membuat pengumuman dalam masa terdekat selepas mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkepentingan ataupun stakeholders.

Beliau akur bahawa tahun ini memang tahun yang amat sukar bagi semua golongan pekerja di semua bidang memandangkan wabak COVID-19 menghendaki Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan untuk mengekang jangkitan virus COVID-19.

Tambah beliau lagi, PKP selama 4 fasa setakat ini telah memudaratkan keseluruhan perniagaan dan industri, khususnya di Sarawak manakala bagi mereka yang bergaji hari turut terkesan untuk memastikan setiap hari ada bekalan makanan untuk diri dan keluarga.

Kerajaan Sarawak, jelas beliau telah memberi bantuan secara langsung atau tidak langsung melalui program Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2.0 (BKSS 2.0) namun ia tidaklah mencukupi untuk meliputi semua keperluan rakyat kita dan amat  berharap semua golongan pekerja dan masyarakat keseluruhannya akan terus bertabah untuk menghadapi segala dugaan.

Bantuan secara langsung antaranya seperti bantuan tunai untuk Kumpulan B40 dan subsidi utiliti merupakan bantuan terus untuk meringankan beban rakyat, khususnya golongan pekerja.

Comments are closed.