Kesan aktiviti pembelian dalam talian terhadap alam sekitar

art 129-01-20

Mungkin ramai yang tidak menyedari ada baik dan buruknya aktiviti pembelian barangan dalam talian terhadap alam sekitar

Pada 2018, aktiviti e-dagang mencatatkan nilai sebanyak USD23 bilion di rantau Asia Tenggara dan dijangka meningkat kepada USD102 bilion menjelang 2025.

Secara teori, pembelian dalam talian kelihatan lebih mesra alam kerana menghapuskan pergerakan kenderaan yang lazimnya akan menghasilkan pelepasan karbon.

Namun demikian, sesetengah kaedah pembelian dalam talian boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada alam sekitar.

Sebagai contoh, penghantaran percuma menyebabkan lebih banyak bilangan trak penghantar di jalan raya, seterusnya menghasilkan lebih banyak pelepasan karbon.

Kebanyakan trak digerakkan dengan diesel yang menghasilkan empat kali ganda pencemaran nitrogen dioksida (NO2) dan 22 kali lebih partikel daripada petrol.

Pembungkusan barangan pesanan yang terlalu besar juga menyumbang kepada kesan lebih buruk, misalnya bungkusan yang melebihi 80% ruang kosong yang dihantar kepada pembeli dalam talian.

Ia akan menyebabkan lebih banyak pokok ditebang untuk menghasilkan bahan bungkusan.

Dianggarkan 165 bilion bungkusan diperbuat daripada lebih satu bilion pokok yang boleh meliputi keluasan tanah lebih daripada 350,000 hektar.

Tahun 2017 merekodkan kira-kira 331 juta bungkusan dihantar setiap hari dengan jumlah terkumpul kira-kira 160,000 tan sampah daripada bungkusan.

Comments are closed.