Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak Rangka Strategi Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 sehingga 2030

Post_COVID-19 EXIT ECONOMIC STRATEGY

Sarawak akan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri dalam usaha merangka strategi pemulihan ekonomi pasca COVID-19 sehingga 2030 berteraskan kepada ekonomi digital dan kelestarian alam sekitar.

Perkara ini diumumkan oleh YAB Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg pada 6 Mei 2020 dengan memaklumkan bahawa Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak tersebut akan dianggotai pakar daripada sektor swasta, awam dan ahli akademik.

Majlis Tindakan Ekonomi tersebut, jelas beliau akan mengkaji dan memperincikan semua cadangan dan kemudiannya diserahkan kepada kerajaan Sarawak selewat-lewatnya pada September ini.

Jelas beliau, kita perlu mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti dewan perdagangan, profesional dan akademik supaya dapat memperincikan tindakan bagi mencapai agenda ekonomi baharu Sarawak yang kita rangka sehingga tahun 2030

Bukan setakat itu sahaja, Sarawak akan mengkaji semula strategi pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dalam usaha memulihkan kesan ekonomi akibat COVID-19 seterusnya memastikannya kekal berdaya tahan, menyesuaikan diri dengan norma baharu ini.

Menurut beliau lagi, senario ini merupakan sesuatu yang tidak pernah kita alami dan memerlukan kaedah baharu bagi menguruskan kerja mulai sekarang dan di masa depan.

Terdapat sembilan (9) sektor utama di bawah Strategi Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 sehingga tahun 2030 yang telah dikenalpasti dan akan diberi tumpuan selepas ini antaranya seperti:

  1. Pusat Data Raya Dan Inovasi – Tenaga Terbaharu
  1. Perlombongan – Sumber Pendapatan Baharu
  1. Produktiviti Tahap Tinggi Sektor Pertanian Komersial Dan Komoditi
  1. Perkilangan Hiliran Nilai Tinggi
  1. Menghijaukan Semula Sarawak Melalui Industri Penanaman Hutan Secara Agresif
  1. Kepelbagaian Pelancongan
  1. Perkhidmatan Sosial Berkualiti Untuk Rakyat
  1. Tenaga Boleh Diperbaharui – Bekalan Masa Depan
  1. Penyelarasan Masa Depan Pendidikan Dan Sumber Manusia

Comments are closed.