Promosi Produk Warisan Sarawak Menggunakan Platform Digital

Art-127-01

Antara produk-produk warisan Sarawak yang boleh didapatkan di saratage.com dan Heritage Central Gallery

Centexs Commercial Services (CCS) telah membangunkan sebuah platform digital khas saratage.com untuk mempromosi produk-produk warisan Sarawak termasuk keringkam, dan songket di seluruh negara dan hingga ke persada dunia.

Sarawak mempunyai pelbagai jenis produk warisan bernilai tinggi antaranya sambal lada hijau, pes laksa Sarawak, beras bario, acar limau, kuih muih tradisi dan sebagainya yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan tempatan.

Justeru, saratage.com dilihat sebagai strategi terbaik untuk mempromosi serta memasarkan produk-produk warisan Sarawak ke pasaran antarabangsa dengan lebih cepat, mudah dan berkesan secara tidak langsung akan membantu sesebuah perniagaan itu berkembang dengan lebih pantas.

Sehubungan itu, CCS telah membuka peluang kepada semua usahawan tempatan di Sarawak yang berminat dan berhasrat untuk memperluaskan produk-produk mereka agar mendaftar sebagai peniaga di bawah kendalian CCS.

Selain saratage.com, orang ramai juga boleh mendapatkan pelbagai produk warisan Sarawak di Heritage Central Gallery bertempat di bangunan Yayasan Sarawak Jalan Masjid, Kuching.

Heritage Central Gallery telah dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Old Kuching Smart Heritage (OKSHE), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Comments are closed.