Sarawak Laksana 7 Langkah Tambahan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang Ketiga (BKSS 3.0)

art 136-01-20

Sarawak memperuntukkan suntikan dana berjumlah RM0.30 bilion (RM300 juta) di bawah “Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang” 3.0 atau BKSS 3.0 bagi mengurangkan beban kewangan rakyat dan para peniaga yang terkesan akibat wabak ini.

Perkara ini diumumkan Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 8 Mei 2020.

Ini adalah sebahagian daripada lanjutan BKSS yang pernah diumumkan sebelum ini BKSS 1.0 pada 23 Mac 2020 dan diikuti oleh BKSS 2.0 pada 10 April 2020.

Secara keseluruhannya, kedua-dua Pakej ini yang berjumlah RM2.25 bilion adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat, para peniaga dan industri,  akibat wabak COVID 19 dengan  melalui BKSS 1.0 berjumlah RM1.15 bilion, BKSS 2.0 berjumlah RM1.11 bilion dan tambahan  terkini BKSS 3.0 berjumlah RM0.30 bilion.

Tujuh (7) langkah tambahan yang lebih inklusif tersebut ialah Kerajaan Sarawak akan menyalurkan bantuan pembayaran secara tunai sebanyak RM1,500 kepada anggaran 30,000 Ketua Isi Rumah yang sebelum ini tidak tersenarai di bawah BKSS 1.0.

Pada masa yang sama, Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan.

Melalui langkah tambahan kedua, Kerajaan Sarawak akan menambah Geran Khas selama sebulan lagi iaitu sebanyak RM750 kepada Penjaja dan Peniaga Kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan melalui Sarawak Pay.

Dalam BKSS 2.0, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan Geran Khas berjumlah RM1,500 kepada para penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang akan dibayar secara 2 peringkat iaitu RM750 pada bulan Mei dan RM750 pada bulan Julai 2020.

Langkah tambahan ketiga, elaun bulanan khas Petugas Barisan Hadapan yang akan diperluaskan kepada petugas barisan hadapan sebanyak RM200 untuk enam bulan juga diberikan kepada 358 anggota Kastam DiRaja Malaysia yang menjalankan tugas di semua pintu masuk sempadan, pelabuhan dan lapangan terbang di seluruh Sarawak, 870 kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang membantu melaksanakan tugas perkhidmatan kecemasan, kerja-kerja pemeriksaan dan sanitasi di seluruh Sarawak.

Elaun bulanan khs tersebut juga termasuk 887 anggota BOMBA dan Penyelamat dalam menjalankan perkhidmatan kecemasan dan kerja-kerja sanitasi, khususnya di kawasan berisiko tinggi; dan 500 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang membantu pihak PDRM dan ATM dalam memastikan pelaksanaan PKP dipatuhi sepenuhnya.

Manakala Langkah keempat, Kerajaan Sarawak akan memberikan bantuan tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 akan diberi kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di Sarawak dijangka memanfaatkan 199 pemilik dan pengendali penambang.

Langkah kelima, Kerajaan Sarawak akan menyediakan bantuan kewangan secara one-off iaitu sekali sebanyak RM600 kepada 959 pengendali van penumpang, 1,976 pemandu teksi dan 739 pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar di Sarawak.

Langkah keenam, Kerajaan Sarawak akan memberi Geran Khas secara one-off iaitu sekali sebanyak RM1,500 kepada 145 Pemandu Pelancong dan 113 Pemandu Pelancong Taman Negara yang berdaftar di Sarawak, yang turut terkesan akibat situasi ini dan ramai mungkin akan hilang pekerjaan dan punca pendapatan.

Langkah terakhir, Sarawak akan memperuntukkan RM1.6 juta sebagai perbelanjaan modal kepada BSN bagi mengendalikan Perkhidmatan Cawangan Bank Bergerak untuk memberi perkhidmatan perbankan kepada masyarakat di luar bandar Sarawak.

Comments are closed.