Kenderaan Elektrik Autonomi (AEVs) lebih efisyen dan mesra alam

art-141-01-20

Salah sebuah kenderaan AEVs yang terdapat di negara luar

Kenderaan Elektrik Autonomi atau AEVs (All-Electric Vehicles) adalah lebih efisyen daripada kenderaan berkuasa petrol serta lebih mesra alam.

Berbeza dengan kenderaan petrol, AEVs bergerak dengan motor elektrik dan bukannya enjin pembakaran dalaman.

Bateri kenderaan jenis ini menukar tenaga menjadi pergerakan kenderaan sebanyak 59% ke 62% berbanding dengan kenderaan berkuasa petrol, iaitu 17% ke 21%.

AEVs juga setanding dengan kuasa kenderaan petrol, namun menjana kuasa lebih cepat, memecut dengan lebih pantas serta lebih murah daripada penggunaan petrol dan diesel.

AEVs mempunyai sistem dalaman yang ringkas dan lebih mudah diselenggara. Ini bermakna, AEVs adalah lebih murah daripada kenderaan berkuasa petrol.

Tenaga elektrik yang menghidupkan AEVs dihasilkan oleh sumber tenaga boleh diperbaharui manakala kenderaan petrol dan diesel pula membebaskan bahan asap pencemar seperti Nitrogen Dioksida (NO2) dan gas rumah hijau terutamanya Karbon Dioksida (CO2).

Untuk jangka masa panjang, jumlah pelepasan C02 keseluruhan daripada AEVs adalah 50% lebih rendah daripada kenderaan berkuasa petrol.

Comments are closed.