Keputusan Terbaik JPBNS Demi Rakyat

art-151-01

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah membuat beberapa keputusan terbaik demi kepentingan rakyat di negeri ini sebagai usaha berterusan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Apabila Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020, kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada majikan, pekerja dan rakyat untuk memohon permit secara bertulis daripada pihak polis sebagai surat kebenaran untuk pergerakan di antara daerah di Sarawak.

Namun begitu, JPBNS telah memutuskan agar penjawat awam dan perkhidmatan penting yang berada di antara dua daerah seperti Kuching / Samaharan, Kuching / Seriaan, Bau / Kuching dan sebagainya hanya perlu menunjukkan pas jabatan atau surat arahan daripada majikan untuk pergi dan balik kerja.

Selain daripada yang tidak tersebut di atas, mereka adalah disarankan untuk memohon permit daripada pihak polis.

Bagi rakyat yang balik dari Semenanjung, Sabah dan Labuan pula, mereka akan di kuarantin di rumah masing-masing.

Manakala, penduduk yang berasal dari Bahagian Miri khasnya mereka yang berada di kawasan pedalaman seperti Bario, Mulu dan Long Lama yang tidak ada kemudahan saringan COVID-19 di klinik, mereka harus dikuarantin di pusat kuarantin untuk tujuan pengambilan sampel.

Sekiranya keputusan sampel adalah negatif, barulah mereka akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Seterusnya, JBPNS telah menetapkan garis panduan Standard Operation Procedure (SOP) untuk sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak dimana tempoh sambutan yang dibenarkan hanya satu hari sahaja dengan kapasiti kehadiran di kalangan ahli keluarga terdekat tidak melebihi 20 orang sehari.

Comments are closed.