‘Copywriting’ Antara Aspek Penting Dalam Pemasaran Internet

art-160-01

Media sosial adalah medium pemasaran produk yang lebih efektif pada masa kini 

‘Copywrtiting’ antara aspek penting yang sangat ditekankan oleh SME Online Berhad dalam membimbing usahawan-usahawan Bumiputera di Sarawak yang berhasrat hendak membangunkan perniagaan melalui pemasaran internet.

Pemasaran internet melalui media sosial merupakan medium yang paling berkesan untuk seorang usahawan atau peniaga memperkenalkan perniagaan, mempromosikan produk jualan, dan mewujudkan hubungan yang lebih baik dengan para pelanggan.

Pemasaran internet yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah pemasaran melalui Facebook (FB), Instagram (IG), Whatsapp, Blog dan Web Jualan.

Terdapat beberapa kelebihan pemasaran internet antaranya ialah produk dipasarkan ke serata tempat tanpa sempadan sekaligus akan membantu perniagaan berkembang dengan lebih pantas.

Selain itu, pemasaran internet juga dapat menjimatkan kos dari segi pengiklanan, masa, tenaga, gaji pekerja dan sebagainya malah, perniagaan juga dapat beroperasi selama 24 setiap hari tanpa perlu bercuti.

Namun demikian, sebelum melakukan kerja-kerja pemasaran di media sosial, seseorang peniaga atau usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu ‘copywriting’ atau istilah yang lebih mudah difahami iaitu ‘penulisan yang berkesan’.

Penulisan yang berkesan bermaksud seni menulis perkataan‐perkataan yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu mesej pada masa yang sama, untuk mempengaruhi prospek seterusnya membuatkan mereka bertindak untuk ‘merisik’ produk-produk yang dipasarkan.

Sehubungan itu, ciri-ciri penulisan yang berkesan ialah menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami, teratur, bersistematik dan format penulisan tertentu kerana tujuannya ialah untuk menarik perhatian prospek, menukar prospek menjadi pelanggan, meningkatkan jualan serta memaksimakan keuntungan.

 

Comments are closed.