Terkesan dengan Covid-19, MDEC tawar 3,800 kursus dalam talian secara percuma

art-161-01-20

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyeru rakyat Malaysia yang terkesan akibat kejatuhan ekonomi berikutan pandemik Covid-19 dan sedang mencari pekerjaan baharu supaya mengikuti kursus digital dan kemahiran data dengan mendaftar dalam talian secara percuma.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran MDEC Raymond Siva, MDEC bekerjasama dengan Coursera, iaitu sebuah platform pembelajaran dalam talian global menerusi program Jom Belajar Digital di bawah inisiatif #mydigitalworkforce yang menawarkan 3,800 kursus termasuk Sijil Latihan Profesional melalui permohonan sehingga 31 Disember tahun ini.

Kursus-kursus yang ditawarkan diajar oleh universiti utama dunia dan pengajar industri yang meliputi kemahiran digital kritikal yang diperlukan dalam pasaran kerja hari ini, jelas beliau dalam satu temuramah bersama Bernama TV.

Tambah beliau, inisiatif lain termasuklah sijil profesional yang direka khas untuk mereka yang terlatih untuk pekerjaan yang amat diperlukan di bawah normal baharu.

Antara kursus yang ditawarkan termasuk automasi IT Google dengan Python, Pengaturcaraan SAS dan Pengenalan Intel ke Pembelajaran Dalaman selain laluan kerjaya yang boleh dicapai oleh pelajar seperti analisa data, arkitek Cloud dan pembangun perisian.

MDEC memfokuskan tiga teras utama, iaitu meningkatkan kemahiran digital rakyat, mendigitalkan perniagaan dan menarik pelaburan digital.

Tiga teras utama tersebut adalah satu program yang baik untuk rakyat Malaysia belajar kemahiran baharu seterusnya bersedia untuk bekerja dalam ekonomi digital ketika tempoh pemulihan pandemik Covid-19.

Mereka yang berminat untuk mengikuti Jom Belajar Digital boleh mendaftar di www.mdec.my/letslearndigital.

Comments are closed.