Persidangan Video dalam Talian Alternatif untuk Berhubung

Art-164-01

VTC sesuai digunakan oleh majikan, rakan sekerja, sahabat dan keluarga untuk berinteraksi sepanjang tempoh PKP

Sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negara kita,   Persidangan Video Dalam Talian atau Video Teleconferencing (VTC) telah menjadi salah satu alternatif untuk berhubung dengan rakan sekerja, sahabat dan juga keluarga.

VTC adalah sebuah teknologi yang membolehkan lebih daripada dua orang untuk berkomunikasi dan berinteraksi melalui gabungan rangkaian Internet Protocol (IP) secara langsung dari pelbagai lokasi yang berbeza.

VTC mempunyai beberapa kelebihan antaranya ia membolehkan peserta dalam mesyuarat melihat orang lain di grid dengan banyak skrin secara serentak melalui komputer (PC atau komputer riba) dan telefon pintar pengguna.

Terdapat beberapa aplikasi VTC yang sesuai digunakan oleh pengguna untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain antaranya Zoom Cloud Meeting, WhatsApp, Facebook Messenger dan yang paling biasa digunakan ketika ini ialah Skype.

Skype adalah aplikasi milik Microsoft yang dapat menampung 50 orang untuk bertemu dalam talian dalam satu panggilan dan ia boleh diakses menerusi pelbagai peranti termasuk komputer, telefon pintar, dan televisyen yang mempunyai kemudahan sokongan.

Selain dapat membuat panggilan video jarak jauh, Skype juga menyediakan media perbualan berasaskan teks secara individu atau dalam kumpulan.

Untuk melakukan panggilan video berkumpulan, sambungan internet yang kukuh sangat diperlukan untuk mendapatkan kualiti video dan audio yang baik.

Bagi penggunaan android, panggilan video untuk aplikasi whatsApp hanya tersedia pada Andorid versi 4.1+ namun sekiranya sistem operasi telefon tidak disokong, panggilan video tidak akan tersedia bagi anda.

Comments are closed.