JPBNS arah pelajar-pelajar IPT tempatan yang balik ke rumah jalani saringan Covid-19

art-165-01

Mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Ngeri Sarawak (JPBNS) pada Isnin, 25 Mei 2020 membuat keputusan agar semua pelajar IPT awam dan swasta dari Sarawak yang telah balik ke rumah baru- baru ini diminta menjalani saringan Covid-19 di bahagian masing-masing.

Kenyataan daripada JPBNS tersebut walau bagaimanapun memaklumkan bahawa arahan itu dikeluarkan bagi pelajar-pelajar tempatan yang belum pernah menjalani ujian saringan Covid-19 dan mereka akan dihubungi oleh JPBNS.

Dalam pada itu, JPBNS bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempertingkatkan keupayaan pasukan penjejakan kontak untuk membolehkan mereka dapat mengesan dengan secepat mungkin kontak rapat kes positif baharu Covid-19.

Selain itu, semua pelajar yang telah diarah menjalani kuarantin di rumah diminta terus berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar.

Jika mereka didapati melanggar perintah, pihak berkuasa akan mengambil tindakan di bawah Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam 1999: Perlindungan Kesihatan Awam (Langkah-langkah Melaksanakan Kegiatan di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) Arahan (No.2) bertarikh 13 Mei 2020 seperti berikut;

  • Di bawah Seksyen 15 (1), Mana-mana orang mungkin diminta untuk mematuhi sebarang langkah ditentukan oleh Menteri untuk tujuan pemantauan pergerakannya di dalam negeri.

  • Di bawah Seksyen 15 (2) ordinan sama, Langkah-langkah (1) mungkin merangkumi penggunaan penanda elektronik atau cara lain seperti yang dikeluarkan oleh JPBNS dengan kelulusan KKM.

Comments are closed.