Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Luar Normal, Bersama dalam Memerangi Wabak COVID-19

art-177-01-20

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan sentiasa kita ingati disebabkan kita terpaksa berhadapan dengan keadaan yang luar biasa ekoran langkah-langkah dan perintah-perintah yang perlu dipatuhi oleh semua  untuk mengekang wabak COVID-19 daripada terus menular.

Bulan puasa yang telah kita lalui tanpa kemeriahan bazar Ramadhan, tanpa solat berjemaah dan terawih, dan sebagainya di masjid atau surau.

Namun begitu, kita berjaya mengharungi semua cabaran ini dan di sebalik semua cabaran ini kita diberi peluang dan ruang untuk sentiasa berada dekat dengan ahli keluarga dalam pelbagai aktiviti kekeluargaan.

Suasana Hari Raya kali ini juga amat berlainan sekali dengan apa yang telah menjadi amalan kita sebagai umat Islam kerana kita perlu mematuhi SOP dan protokol semasa perayaan dalam tempoh PKPB ini.

Kita tidak dibenarkan ke masjid untuk bertakbir dan sembahyang Sunat Aidilfitri, tidak digalakkan untuk menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat secara beramai-ramai; itupun dibenarkan untuk hari pertama sahaja, tidak mengadakan rumah terbuka, tidak dibenarkan bersalaman dan dikehendaki menjaga jarak sosial.

Anggaplah semua ini sebagai dugaan kepada kita dan tanggungjawab bersama untuk memastikan wabak COVID-19 dapat diatasi secepat mungkin.

Comments are closed.