Inisiatif SME Online Berhad Membantu Usahawan Bumi Kenyalang

Art-186-01

Antara produk-produk yang terdapat di “My Sarawak Shop” Kuching

SME Online Berhad telah memperkenalkan slogan “Sarawak Brand Heroes” sebagai usaha untuk menonjolkan imej produk-produk dari Bumi Kenyalang agar boleh dipasarkan sehingga ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan di negara-negara jiran.

Sehingga hari ini, sekurang-kurangnya 500 orang usahawan di Sarawak sudah pun mempunyai jenama produk sendiri lengkap dengan pembungkusan dan juga pelabelan.

Sebelum wujudnya SME Online Berhad, kebanyakan usahawan-usahawan di Sarawak aktif menjual produk mereka secara dalam talian namun ianya kurang mendapat sambutan kerana lemah dari sudut penjenamaan, pelabelan dan pembungkusan.

Oleh sebab itu, SME Online Berhad telah mengambil inisiatif bagi membantu usahawan-usahawan di Sarawak dengan cara mengadakan kursus, seminar dan bengkel pembangunan produk agar produk-produk yang dipasarkan setanding dengan produk-produk yang ada di kedai-kedai runcit, pasaraya dan sebagainya.

Selain pembangunan produk, SME Online Berhad turut membangunkan pusat pengumpulan produk usahawan Sarawak yang pertama “My Sarawak Shop” pada tahun 2016.

Memandangkan Sarawak adalah sebuah negeri yang sangat besar, terdapat permintaan agar pusat pengumpulan produk tersebut dibangunkan di semua bahagian dalam Sarawak.

Pusat pengumpulan produk tersebut turut dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur digital, ruangan untuk menjalankan kursus, seminar dan juga bengkel.

Comments are closed.