Perbelanjaan perlindungan alam sekitar pada 2018 meningkat sebanyak 4.0 peratus berbanding 2017

art-193-01 art-193-02

 

Prestasi perbelanjaan perlindungan alam sekitar bagi tahun 2018 mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan 4.0 peratus kepada RM2.7 bilion berbanding tahun 2017.

Perbelanjaan operasi kekal sebagai penyumbang tertinggi iaitu 73.0 peratus manakala 27.0 peratus dibelanjakan bagi perbelanjaan modal.

Ini berdasarkan Laporan Survei Perbelanjaan Perlindungan Alam Sekitar 2019 seperti yang diulas Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.

Penemuan yang diperoleh daripada Survei berkenaan bagi tahun rujukan 2018 turut menunjukkan perbelanjaan pengurusan pencemaran adalah penyumbang  terbesar iaitu RM1,835.0 juta atau 68.1 peratus.

Manakala pengurusan sisa pula bernilai RM726.1 juta (26.9%) dan perbelanjaan penilaian dan caj alam sekitar RM91.6 juta (3.4%).

Laporan tersebut turut mendapati Sektor pembuatan mendominasi keseluruhan perbelanjaan perlindungan alam sekitar pada 2018 iaitu RM1,820.8 juta atau sumbangan 67.5 peratus, diikuti perlombongan & pengkuarian RM305.5 juta (11.3%) dan perkhidmatan RM293.9 juta (10.9%).

Selangor merupakan negeri yang mengeluarkan perbelanjaan perlindungan alam sekitar tertinggi iaitu RM500.6 juta atau 18.6 peratus, diikuti Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan masing-masing RM326.5 juta (12.1%) dan RM325.2 juta (12.1%), dan Negeri Sembilan RM292.3 juta (10.8%).

Keempat-empat negeri ini memberi sumbangan sebanyak 53.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan.

 

Comments are closed.