Melindungi penyu tanggungjawab bersama

art-197-01-20

Jangka hayat penyu dianggarkan selama 60 hingga 80 tahun. Hari ini, hampir semua spesis penyu diklasifikasikan sebagai terancam kesan daripada kemusnahan habitat, terperangkap dalam peralatan menangkap ikan, ditangkap oleh manusia untuk mendapatkan telur dan bahagian-bahagian lain seperti daging, kulit dan cengkerang.

Dana Hidupan Liar Dunia (WWF) kini sedang menjalankan usaha untuk menyekat perdagangan haram daging dan telur penyu.

Nyawa hidupan laut itu juga terancam oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam laut yang sering kali disalahtafsirkan sebagai makanan seterusnya boleh mengancam nyawa.

Setiap dua hingga lima tahun, penyu betina akan mendarat ke pantai untuk bertelur beberapa kali setiap satu musim dan boleh mengeluarkan telur sebanyak 50 hingga 200 biji telur untuk satu masa.

Perubahan iklim turut memberi kesan terhadap pembiakan penyu kerana jantina anak penyu ditentukan oleh suhu persekitaran.

Dianggarkan hanya satu daripada 1,000 ekor penyu mampu bertahan atau membesar sehingga ke peringkat matang atau dewasa.

WWF juga sedang menggiatkan usaha di seluruh dunia untuk mewujudkan kawasan perlindungan marin bagi memastikan penyu boleh hidup dalam habitat yang selamat untuk membiak, mendapatkan makanan serta bebas berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Sebenarnya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh manusialah yang memberi kesan buruk terhadap kehidupan penyu.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab semua pihak sama ada di peringkat kerajaan, badan bukan kerajaan, badan sukarela, swasta mahupun individu untuk sama-sama melindungi serta mengelakkan aktiviti yang boleh mengancam kehidupan penyu.

Comments are closed.