ATM Dan PDRM Akan Terus Pertingkat Rondaan di Tumpuan Awam

Art-208-01Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan rondaan di salah sebuah pasaraya

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus pertingkat rondaan meskipun kerajaan telah memberikan banyak kelonggaran kepada rakyat untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan di negara kita bermula10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Fokus penugasan anggota ATM dan PDRM adalah rondaan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tumpuan ramai seperti pasar terbuka, pasar tamu, pasar malam, bazaria, medan selera, pusat penjaja dan sebagainya.

Rondaan awam ini adalah bagi mempertingkatkan keselamatan di tempat tumpuan awam selain untuk memastikan (SOP) yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan PKPP dipatuhi agar ‘riwayat’ COVID-19 di negara kita dapat diakhiri secapat mungkin.

Sehubungan itu, PDRM akan bekerjasama dengan ATM dan agensi penguatkuasa lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia untuk melaksanakan Op Benteng.

Op Benteng ini dilaksanakan secara besar-besaran di seluruh negara bagi memburu tekong serta anggota sindiket berhubung dengan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Selain itu, ATM turut menjalin kerjasama dengan pihak tentera luar bagi memastikan cubaan menceroboh ke negara ini dapat dipatahkan sekaligus akan dapat memutuskan aliran masuk PATI ke negara Malaysia.

Comments are closed.