Jambatan Batang Saribas dan Sungai Krian menggantikan perkhidmatan feri Kuching-Sibu menjelang 2024

art-209-01Perkhidmatan feri Batang Saribas merupakan nadi perhubungan utama menghubungkan kawasan pesisir Daerah Pusa dan Beladin, Betong hingga ke Sibu

Perkhidmatan feri yang menghubungkan kawasan pesisir pantai dari Kuching ke Sibu dijangka tidak akan digunakan lagi menjelang 2024 berikutan pembinaan dua buah jambatan, iaitu Jambatan Batang Saribas dan Jambatan Sungai Krian.

Pembinaan Jambatan Saribas sepanjang 1.55 kilometer dengan kos RM496 juta dan Jambatan Sungai Krian sepanjang 300meter dengan kos RM174 juta adalah usaha berterusan Kerajaan Sarawak untuk memantapkan lagi sistem perhubungan utama di negeri ini seterusnya memberi keselesaan kepada masyarakat di kawasan pesisir pantai.

Kedua-dua jambatan dijangka siap dalam tempoh empat tahun.

Perkembangan tersebut dimaklumkan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg ketika beliau mengadakan lawatan di kedua-dua tapak projek jambatan tersebut pada 11 Jun 2020.

Jelas Ketua Menteri, Jambatan Batang Saribas dan Jambatan Sungai Krian adalah usaha positif Kerajaan Sarawak dalam misi melonjakkan lagi taraf sosio-ekonomi penduduk kawasan pesisir pantai.

Comments are closed.