TEKUN Nasional Buka Enam Pejabat Baharu di Sarawak

Art-221-01TEKUN Nasional menyediakan kemudahan pembiayaan modal kecil perniagaan (kredit mikro) dengan mudah dan cepat

Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional telah membuka enam pejabat cawangan baharu di kawasan pedalaman Sarawak baru-baru ini iaitu di Bahagian Serian, Daerah Lundu, Daerah Kanowit, Daerah Sibuti, Daerah Daro dan Daerah Kecil Sebuyau menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak 22 buah.

Pembukaan enam cawangan TEKUN Nasional itu bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada usahawan-usahawa di kawasan berkenaan.

TEKUN Nasional adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan yang telah beroperasi sejak dari tahun 1998 dan banyak syarikat dan perniagaan telah mendapat bantuan serta pembiayaan dari pihak TEKUN.

Antara skim yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional ialah Skim Pembiayaan Tekun Niaga, Skim Pembiayaan Teman Tekun, Skim Pembiayaan Program TemanNita, Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) dan beberapa jenis skim pembiayaan yang lain.

Dengan adanya bantuan yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional, usaha kerajaan ini boleh meringankan beban para pengusaha terutama usahawan mikro dan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam memajukan perniagaan mereka.

Justeru, para usahawan yang memperoleh pinjaman itu haruslah kekal berdaya saing, jujur dan progresif selaras dengan matlamat untuk melahirkan usahawan bumiputera berjaya.

Sehingga 29 Februari 2020, sejumlah 33,402 usahawan di Sarawak telah mendapatkan pinjaman daripada TEKUN Nasional dan daripada jumlah tersebut, 10,731 adalah usahawan lelaki dan 22, 671 adalah usahawan wanita dengan jumlah keseluruhan pinjaman adalah sebanyak RM322.2 juta.

Comments are closed.