Bangunan IAC Sarikei, komitmen kerajaan dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

art-236-01

art-236-03Bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, infrastruktur bangunan kerajaan akan ditambahbaik dengan mewujudkan sebuah bangunan Pusat Pentadbiran Bersepadu Sarikei (IAC) yang baharu akan menempatkan semua agensi kerajaan di bawah perkhidmatan awam negeri.

IAC Sarikei adalah bangunan yang pertama berkonsepkan Green Building & Smart Building di Sarikei. Apabila siapnya bangunan pintar setinggi 12 tingkat ini kelak, ia bakal menjadi ikonik setempat dan akan menempatkan pelbagai agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Residen Bahagian Sarikei,Pejabat Daerah Sarikei, jabatan-jabatan dan agensi kerajaan Sarawak yang lain..

Reka bentuk bangunan yang serba moden turut melambangkan kemajuan bandar Sarikei terutama komitmen Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

Bangunan IAC Sarikei yang dibangunkan oleh LCDA Holding ini dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.

Upacara simbolik Pecah Tanah Bangunan Integrated Administrative Centre (IAC) Sarikei telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 23 Jun yang lepas.

Ketua Menteri turut menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Penerimaan Projek IAC Sarikei antara Pemangku Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Richard Tajan kepada Ketua Pegawai Eksekutif LCDA Holding Sendirian Berhad, Monaliza Zaidel.

Bangunan lama pentadbiran Bahagian Sarikei terletak di Wisma Jubli Mutiara.

 

 

Comments are closed.