3 Tonggak Mendasari Wawasan Sarawak, Negeri Maju Menjelang 2030

KUCHING, 10 April -- Pemandangan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dirakam dari udara, hari ini. Kerajaan berusaha untuk mengembalikan status negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu negeri-negeri Tanah Melayu (kini Semenanjung) seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) semasa pembentukan negara ini.  Walaubagaimanapun, usaha tersebut gagal mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi di Dewan Rakyat malam tadi. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA


Menjelang 2030, Sarawak akan mempunyai masyarakat maju, disokong oleh data dan inovasi dengan setiap daripada mereka akan menikmati kemakmuran ekonomi, inklusif sosial dan persekitaran yang mampan.

Demikian antara apa yang dibayangkan berlaku pada tahun 2030 seperti yang diucapkan Ketua Menteri, YAB Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg semasa mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) pada 25 Jun yang lepas.

Bagi mencapai wawasan tersebut, jelas Ketua Menteri ia akan didokong oleh tiga tonggak iaitu kemakmuran ekonomi, inklusif sosial dan persekitaran mampan dengan setiap perancangan tersebut mengambil kira keperluan rakyat,

Dari segi kemakmuran ekonomi, Sarawak perlu berkembang pada kadar lapan peratus setiap tahun dengan menggandakan saiznya daripada RM133 bilion pada tahun 2018 kepada RM282 bilion menjelang 2030.

Pertumbuhan ekonomi, jelas beliau akan digerakkan oleh bidang pertanian komersial, perlombongan, perhutanan, pembuatan dan perkhidmatan termasuklah pelancongan.

Pada masa yang sama, menurut beliau Sarawak akan mempercepatkan usaha dalam sektor pertanian dan perlombongan moden menggunakan teknologi 4IR (Revolusi Industri Keempat) untuk menyediakan bahan mentah bagi membangunkan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi.

Penggunaan teknologi dan inovasi akan diberi fokus bagi meningkatkan tahap produktiviti sedia ada di semua sektor.

Ketika itu, bagi produk eksport pula akan ditingkatkan menjadi 3 kali ganda dengan kurang kebergantungan kepada produk eksport petroleum (LNG) tetapi akan beralih kepada rantaian nilai tinggi produk petrokimia dan produk siap

Bagi produk pertanian, kita akan mengeksport produk mempunyai nilai tambah tinggi selain produk primer dengan menyasar defisit dagangan semasa sebanyak RM3 bilion kepada lebihan bersih manakala bagi produk pembuatan disasarkan berkembang pada kadar 6 peratus ke atas.

Jelas beliau, pertumbuhan Sarawak tidak hanya dilihat pada Keluaran Dalam Negara Kasar sahaja tetapi juga dapat dirasai oleh setiap penduduk Sarawak dengan meningkatkan purata pendapatan isi rumah daripada RM5,000 pada masa ini kepada RM16,000 sebulan

Tonggak kedua iaitu inklusif sosial pula, beliau mahu setiap projek dan inisiatif berteraskan rakyat dengan kekayaan dibahagi secara adil manakala peratusan isi rumah berpendapatan rendah perlu dikurangkan daripada 53 peratus pada masa ini ke bawah 40 peratus.

Tambah beliau lagi, di bawah inklusif sosial juga akses kepada perkhidmatan sosial perlu dipertingkatkan mengambil kira semua segmen masyarakat termasuklah golongan Orang Kelebihan Upaya (OKU).

Persekitaran mampan yang menjadi tonggak ketiga, ia akan menjadi prinsip utama ekonomi Sarawak pada masa depan dengan meneruskan aktiviti perhutanan semula dalam usaha untuk meningkatkan litupan hutan.

Selain itu, jelas beliau kerangka peraturan yang berkaitan juga akan ditingkatkan dan dipatuhi sebagai contoh aktiviti pertanian dan perlombongan juga akan dipantau.

Tambah beliau lagi, kita akan melabur dalam teknologi dan inovasi bagi memastikan segala aktiviti ekonomi kita dilaksanakan secara lestari dan mesra alam kerana kita mahu Sarawak diiktiraf dunia atas usaha kelestarian dan perlindungan terhadap biodiversiti.

Sementara itu, pada perkara berkaitan 14 sektor ekonomi yang akan diberi tumpuan ialah pertanian komersial, pembuatan, komoditi agro, perlombongan, perkhidmatan, perhutanan, tenaga boleh diperbaharui, pelancongan, infrastruktur asas, transformasi digital, pendidikan dan pembangunan modal insan, pengangkutan, inovasi dan utiliti.

Manakala terdapat lima perkara utama dalam mencapai wawasan ini iaitu kerangka dan dasar peraturan, penyelarasan antara agensi, inovasi data, infrastruktur dan hubungan serta kemahiran dan keusahawanan.

 

Comments are closed.