Hab Petrokimia akan dibangunkan di Tanjung Kidurong, Bintulu

art-253-01

art-253-02

Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti tapak seluas 1,068 ekar (432.2 hektar) di Tanjung Kidurong, Bintulu untuk pembangunan hab petrokimia di Sarawak

Tapak tersebut, terletak 36 km dari Taman Perindustrian Samalaju dan 15 km ke timur laut pusat bandar Bintulu dianggap sesuai untuk hab tersebut yang berhampiran dengan akses bahan mentah, dikelilingi dengan  aktiviti lapangan gas luar pesisir, dan berdekatan dengan saluran paip gas sedia ada, loji janakuasa elektrik di samping dilengkapi dengan infrastruktur yang berkaitan seperti pelabuhan laut dalam, jaringan jalan yang cekap di Bintulu serta pelabuhan baru di Samalaju.

Demikian menurut Ketua Menteri, Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg   dalam sidang media setelah mengadakan lawatan ke Tapak Projek Methanol Sarawak, Tanjung Kidurong, Bintulu.

Menurut beliau lagi, Kawasan Tanjung Kidurong ini akan dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi menyediakan kemudahan dan sekaligus menarik kemasukkan pelabur.

Pada perkara berkaitan, menurut beliau Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPUS) sedang menjalankan satu kajian bersama dengan Petronas, mengenai pembangunan pelan induk hab petrokimia Sarawak meliputi bidang antaranya senario dan pilihan pelaburan petrokimia, utiliti, infrastruktur, Perkhidmatan sokongan dan susun atur, keupayaan dan insentif dan pelaksanaan sosio-ekonomi dan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan.

Jelas beliau lagi, EPUS dan Petronas kini sedang mengumpul maklumat dan melibatkan para pelabur/pemegang kepentingan yang berkaitan untuk membangunkan pelan induk komprehensif.

Pembangunan hab petrokimia Sarawak adalah sejajar dengan polisi dan dasar pembangunan YAB Ketua Menteri bagi menggalakkan pelaburan hiliran nilai tambah di Sarawak yang sudah pasti mempunyai kesan sosioekonomi yang signifikan kepada rakyat Sarawak.

Comments are closed.