307 Unit Rumah Projek Perumahan Penempatan Semula Nelayan Semop Siap Dibina

TANJUNG MANIS (Sarawak), 19 Jun -- Projek perumahan Penempatan Semula Nelayan (PSN) Semop berhampiran projek pembinaan jambatan-jambatan Batang Lassa dan Batang Paloh di sini bakal memberikan nafas baharu kepada Pusat Pembangunan Luar Bandar (RGC) yang telah lama dirancang di kawasan persisiran Sarawak ini.?Terletak kira-kira 12 jam perjalanan dari bandar raya Kuching, projek kerjasama kerajaan negeri Sarawak dan Persekutuan di Semop, Pulau Bruit ini mempunyai keseluruhannya 307 unit rumah kediaman yang sudah siap dibina, selain sebuah masjid, 20 unit kedai dua tingkat, 12 unit kedai satu tingkat dan sebuah medan selera yang masih dalam pembinaan.?--FotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA?Projek perumahan Penempatan Semula Nelayan (PSN) Semop memberi sinar baharu kepada komuniti nelayan di kawasan berkenaan

Pusat Pembangunan Luar Bandar (RGC) yang telah lama dirancang di Semop kini berubah wajah dengan projek perumahan Penempatan Semula Nelayan (PSN) Semop yang terletak berhampiran projek pembinaan jambatan Batang Lassa dan Jambatan Batang Paloh.

Projek di kawasan pesisir pantai Semop, Pulau Bruit tersebut dijalankan dengan kerjasama di antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan.

Terdapat 307 unit rumah kediaman telah siap dibina selain sebuah masjid, 20 unit kedai dua tingkat, 12 unit kedai satu tingkat dan sebuah medan selera yang masih dalam pembinaan.

Pembangunan PSN Semop telah bermula sejak 2014 dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Bruit berperanan untuk membangunkan projek-projek ekonomi bagi meningkatkan pendapatan komuniti nelayan di kawasan berkenaan.

Beberapa projek turut dicadangkan seperti pembinaan pusat pemprosesan hasil perikanan, kilang ais dalam kawasan pendaratan ikan, sebuah setesen minyak serta bangunan kedai untuk aktiviti pusat jualan.

Dari segi pemilihan pemilikan kediaman projek perumahan PSN, proses pemilihan dilakukan secara adil dan telus mengikut kriteria yang ditetapkan dan memenuhi objektif awal pelaksanaan projek, iaitu membantu nelayan yang tidak mempunyai rumah atau mendiami rumah yang usang dan tidak selamat.

Pemilikan rumah PSN dilakukan secara sewa beli dengan harga sekitar RM70,000. Kerajaan Sarawak turut memberi subsidi kepada setiap pembeli yang layak.

Comments are closed.