Sektor Pelancongan Sarawak Mengalami Fasa Pemulihan

art-262-01

Sektor pelancongan di Sarawak sedang mengalami fasa pemulihan apabila lebih banyak tempat pelancongan dibuka ditambah dengan kehadiran orang ramai.

Memetik kenyataan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, industri pelancongan dibuka semula secara perlahan dan orang ramai mula keluar selepas hampir tiga bulan duduk di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Beliau percaya bahawa tempat peranginan dan inap desa akan kembali beroperasi. YB Datuk Haji Abdul Karim memaklumkan mengenai perkara tersebut kepada media selepas merasmikan majlis pelancaran kadar diskaun bayaran masuk ke Kampung Budaya Sarawak (SCV) pada 6 Julai.

Diskaun bagi kadar bayaran masuk ke SCV ditawarkan sehingga hujung tahun ini sebagai usaha untuk melonjakkan kembali sektor pelancongan negeri.

Mengulas mengenai program dan aktiviti pelancongan yang telah dirancang, beliau menjelaskan, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MOTAC) akan menilai semula penganjuran baki program dan aktiviti untuk tahun ini.

Tambah beliau, penilaian semula perlu dibuat bagi memastikan sektor pelancongan di Sarawak terus berkembang dengan baik dan pada masa yang sama menjaga keselamatan rakyat secara keseluruhan.

Comments are closed.