Sambutan Hari Malaysia 2020 akan diadakan di bandar Sibu

art-279-01Bandar Sibu

Bandar Sibu dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia 2020 pada 16 September nanti dengan acara sambutan tersebut merupakan sebahagian daripada 4 acara utama disusun bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sepanjang 16 Julai hingga 16 September 2020.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan perkara tersebut ketika sidang media Hari Malaysia dan Majlis Pelancaran Logo Bulan Kebangsaan 2020 di Auditorium Bangunan Pelita (LCDA).

Jelas beliau lagi yang juga Pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020, acara utama lain seperti Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara bermula 9 Julai hingga 16 September, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Putra Jaya pada 28 Julai, dan Sambutan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

Berkaitan dengan penganjuran Hari Malaysia, untuk rekod, tahun ini adalah tahun kedua  Sarawak berturut-turut dipilih sebagai tuan rumah selepas Kuching pada tahun 2019.

Pada perkara berkaitan menurut Menteri Utiliti Sarawak yang juga Pengerusi Bersama Sambutan Hari Malaysia 2020, YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, sambutan Hari Malaysia 2020 di Sibu nanti akan diadakan dalam suasana tertutup serta  akan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan.

Comments are closed.