Seni Bina Bangunan Medan Selera Daro Sarat Identiti Etnik Melanau

Art-282-01Pemandangan udara Medan Selera Daro dengan bumbungnya berbentuk ‘Seraong’

Medan Selera Daro dengan seni bina bangunan yang berbumbungkan ‘Terendak Melanau’ atau ‘Seraong’ bukan saja menjadi kebanggaan masyarakat Melanau tetapi dilihat sebagai satu usaha untuk memperkenalkan warisan dan keunikan serta mengekalkan identiti etnik Melanau.

Medan Selera Daro yang mempunyai keunikan dari segi reka bentuk ini telah mula dibina pada tahun 2015 dengan kos berjumlah RM3.3 juta yang kini telah siap 98 peratus dan dijangka akan mula beroperasi pada penghujung bulan Ogos 2020.

Lokasinya yang terletak strategik iaitu di tebingan Sungai Daro, medan selera ini bakal menjadi mercu tanda ikonik terbaharu di Daerah Daro sekaligus akan dapat menarik lebih ramai pengunjung dari luar berkunjung ke sini.

Medan selera ini boleh menempatkan 25 buah gerai untuk para peniaga dan ia turut dilengkapi dengan kemudahan pentas mini bagi membolehkan penganjuran program hiburan atau majlis rasmi diadakan

Pembinaan medan selera ini adalah sebahagian usaha murni Kerajaan Sarawak untuk menggerakkan kegiatan masyarakat dengan lebih sempurna dan teratur terutamanya yang terlibat dengan aktiviti ekonomi dan perniagaan.

Projek tersebut melengkapkan lagi pembangunan Daerah Daro yang sudah mempunyai pasar-pasar baharu, masjid, dewan masyarakat, tempat penginapan serta beberapa kemudahan infrastruktur yang lain.

Comments are closed.