Pertandingan Menghasilkan Video Pendek 81 Inisiatif Kerajaan Sarawak

Art-291-01

Kerajaan Sarawak melalui Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dengan kerjasama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Kementerian Belia dan Sukan Sarawak telah menganjurkan pertandingan menghasilkan video pendek 81 Inisiatif Kerajaan Sarawak.

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada belia Sarawak tentang 81 inisiatif atau projek yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dalam rangka menjadikan Sarawak, negeri maju menjelang 2030.

Pada dasarnya, semua inisiatif ini termasuklah bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya di kawasan luar bandar adalah bertujuan untuk mengubah nasib rakyat, meningkatkan kualiti hidup dan meringankan beban mereka.

Justeru, pertandingan ini terbuka kepada semua belia Sarawak yang berumur 18 hingga 35 tahun di mana sahaja mereka berada malah, mereka boleh menyertai pertandingan ini sama ada secara individu atau secara berkumpulan (tidak melebihi lima orang dalam satu kumpulan).

Kriteria pertandingan ini juga agak mudah dimana peserta hanya perlu menyediakan satu video yang menceritakan salah satu daripada 81 inisiatif Kerajaan Sarawak yang telah memberi impak kepada rakyat

Video pendek ini boleh dihasilkan sama ada melalui telefon pintar atau alat rakaman video kerana yang menjadi keutamaan pihak penganjur adalah cerita atau mesej yang ingin disampaikan dan bukannya alat teknologi yang digunakan.

Bagi pertandingan ini, johan akan menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM2,000 beserta sijil manakala naib johan akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 beserta sijil.

Bagi tempat ketiga, pemenang akan menerima wang tunai berjumlah RM500 beserta sijil dan terdapat tujuh (7) hadiah saguhati berupa wang tunai berjumlah RM200 beserta sijil.

Comments are closed.