Manfaatkan Sarawak Pay

art-295-01

Komuniti perniagaan di Sarawak digalakkan unuk memanfaatkan kaedah e-pembayaran melalui aplikasi Sarawak Pay dalam menjalankan perniagaan masing-masing.

Sejak dilancarkan pada 15 November 2017, sistem pembayaran tanpa tunai atau e-dompet berkenaan telah menerima pendaftaran lebih 50,000 peniaga bagi menjalankan transaksi.

Menurut Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) YBhg Tan Sri Abdul Aziz Datuk Husain, pihak SEDC berharap supaya golongan peniaga tempatan memanfaatkan platform Sarawak Pay yang turut menerima subsidi daripada Kerajaan Sarawak dalam kebanyakan transaksi perniagaan.

Beliau memklumkan perkara tersebut pada majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan SEDC di Kuching pada 16 Julai.

Tambah beliau, sebagai antara agensi pelaksana bagi kerajaan negeri ini, SEDC akan terus memberi motivasi kepada usahawan tempatan dalam teknologi ekonomi digital sama ada melalui e-dagang, pembayaran tanpa tunai mahupun data raya.

Ramai di kalangan usahawan ujar beliau telah mengguna pakai teknologi komunikasi dan maklumat serta digital sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan ramai juga yang mampu bangkit semula dengan menjalankan perniagaan secara dalam talian sejak PKP dilonggarkan.

Comments are closed.