Sistem Retikulasi Zon 1 Ke Kampung Sibu Laut dan Sungai Alur, siap sepenuhnya menjelang suku kedua 2021

art-297-01Gambarajah di bawah adalah lokasi Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi Zon 1 ke Kampung Sibu Laut dan Kampung Sungai Aur

Masalah isu bekalan air yang sering dialami oleh penduduk di Kampung Sibu Laut dan Kampung Sungai Aur, Telaga Air akan berakhir dengan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi Zon 1 yang dijangka siap sepenuhnya menjelang suku kedua tahun 2021.

Menurut kenyataan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), projek tersebut dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan JBALB sebagai agensi pelaksana dan dijangka lebih 200 penduduk kampung tersebut mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek ini.

Kedua-dua kampung tersebut adalah terletak di bawah kendalian dan seliaan Lembaga Air Kuching (LAK).

Projek yang bernilai lebih RM4 juta tersebut melibatkan skop kerja-kerja pembinaan saluran paip baharu, pembinaan saluran paip submarin yang merentasi Sungai Sibu Laut ke Kampung Sibu Laut dan Kampung Sungai Aur dan pembinaan Inline Booster Pump Station.

Apabila siap kelak, projek tersebut diharap dapat merapatkan jurang perbezaan di antara penduduk luar bandar dan dalam bandar agar bersama-sama menikmati kemudahan utiliti asas ini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Bekalan Air) YB Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi  bersama Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Henry Sum Agong, Pengarah JBLAB Sarawak Chang Kuet Shian dan Pengarah Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sarawak Mahathir bin Bujang telah merasmikan pelancaran simbolik Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi Zon 1 pada 18 Julai 2020.

Comments are closed.