545 Ribu Usahawan Mikro Terima Geran Khas Prihatan

Art-305-01Geran Khas Prihatin adalah inisiatif kerjaan untuk membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro menangani impak kewangan akibat COVID-19

Seramai 545 ribu usahawan mikro di seluruh Malaysia telah menerima Geran Khas Prihatan (GKP) dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1.6 bilion.

Seramai 7,000 individu telah menerima kemudahan kredit mikro BSN dengan nilai keseluruhan RM247 juta manakala lebih 23 ribu orang menerima kemudahan kredit mikro TEKUN dengan nilai keseluruhan RM177 juta.

Perkara ini dinyatakan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin semasa menyampaikan perutusan berkenaan perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 20 Julai 2020.

Selain itu, banyak lagi bantuan-bantuan lain yang telah disampaikan setakat 20 Julai 2020 antaranya Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 10.4 juta penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM11.14 juta.

Sebanyak 1.4 juta pemandu e-hailing telah menerima elaun tunai RM500 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM34 juta dan 477 ribu pemandu teksi, pemandu pelancong dan pemandu bas telah menerima elaun tunai RM600 dengan jumlah keseluruhan RM28.8 juta.

Manakala 7.7 juta pengguna telah menerima diskaun 50 peratus bagi pembayaran bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan nilai keseluruhan RM312.32 juta dan seramai 1.4 juta pengguna telah menerima diskaun sebanyak 15 peratus dengan nilai keseluruhan RM185.75 juta.

Manakala sebanyak 65 peratus isi rumah telah menerima manfaat morotarium bayaran balik pinjaman bank dengan nilai keseluruhan RM38.4 billion.

Bagi syarikat-syarikat yang telah terjejas, subsidi upah bernilai RM7.4 billion juga telah disalurkan dan melalui inisiatif ini telah memberi manfaat kepada 834 ribu majikan dan 6.7 juta pekerja di seluruh negara.

Comments are closed.