Inovasi dalam Meningkatkan Nilai Tambah Produk Makanan di Sarawak

art-315-01

Antara produk makanan yang dihasilkan daripada buah jambu batu dan terung asam

Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) adalah salah satu agensi yang amat menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti dalam jabatannya untuk menjana inovasi pertanian sama ada dalam teknologi kejuruteraan, agronomi, perlindungan tanaman, pengurusan tanah, pengembangan mahupun pengurusan projek.

Banyak program dan aktiviti berkaitan inovasi telah dilaksanakan seperti Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Aktiviti Fokus Utama (KFA) bagi memastikan inovasi dapat memacu sektor pertanian di Sarawak.

Setakat ini, JPS telah mencipta pelbagai inovasi yang terdiri daripada produk makanan, sistem penanaman, alatan pertanian, mesin, jentera dan sebagainya.

Inovasi daripada buah dabai misalnya telah menghasilkan produk-produk makanan seperti mayonis dabai, pes dabai, kek lapis dabai, keropok dabai bahkan turut dijadikan sebagai bahan utama untuk membuat sabun.

Selain itu, JPS juga telah berjaya mencipta inovasi teknologi sejuk beku yang membolehkan buah dabai disimpan selama setahun sekaligus membolehkan ia dipasarkan dengan sumber bekalan berterusan sepanjang tahun walaupun di luar musim.

Selain dabai, terung asam juga telah dapat dikomersialkan dengan setiap penambah baik yang dilakukan hasil daripada usaha para penyelidik yang inovatif.

Antara produk yang telah dibangunkan daripada terung asam ialah Terung Asam Kering, Jus Terung Asam, Kek Gubahan Tiung, Kek Tiung, Kek Keju Tiung, Biskut Cip Tiung, Jem Terung Asam, Aiskrim Terung Asam, Keropok Terung Asam dan sebagainya.

Comments are closed.