Sambutan Hari Raya Aidiladha tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard baharu

art-318-01

Seperti juga sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum ini, sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini juga tidak terkecuali daripada tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Antaranya sepertii ibadah korban, Kerajaan telah memutuskan untuk menghadkan tidak lebih 10 ekor haiwan bagi masjid dan surau termasuk lokasi korban yang telah dibenarkan oleh Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Had ini tertakluk kepada keluasan lokasi korban.

Walaubagaimanapun, kerajaan mengalakkan agar ibadah korban dilakukan di rumah penyembelihan dengan jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban mengikut 20 orang untuk setiap ekor haiwan.

Manakala waktu ibadah korban di masjid dan surau hanya boleh diadakan selama empat hari termasuk hari pertama Hari Raya Aidiladha, selepas solat sunat Aidiladha dan tiga hari tasyrik.

Pada perkara berkaitan, jamuan di rumah, tetamu turut dihadkan dan tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

Berkaitan dengan  individu yang masih di dalam tempoh kuarantin pula, mereka dilarang untuk keluar dari kediaman masing-masing, tidak boleh pulang ke kampung ataupun menunaikan solat sunat Aidiladha malah tidak boleh untuk menerima tetamu

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), yang juga Menteri Pertahanan, YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada 27 Julai 2020. Beliau turut menambah, SOP tersebut terpakai untuk Wilayah Persekutuan dan boleh digunapakai oleh Majlis Agama Negeri-Negeri sebagai rujukan.

Comments are closed.