Penduduk Daerah Lubok Antu Terus Menikmati Pembangunan

art-325-01Pusat Internet Lubok Antu untuk kemudahan penduduk terutama golongan belia

Sejak lebih dua tahun lepas, penduduk di daerah Lubok Antu termasuk daerah Kecil Engkilili telah menikmati pelbagai pembangunan seperti projek bekalan elektrik 24 jam, bekalan air bersih, jaringan perhubungan jalan raya serta kemudahan-kemudahan sosial.

Keperluan penduduk tidak pernah diabaikan dengan beberapa projek pembangunan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di daerah tersebut yang mempunyai keluasan 3,142.6 kilometer persegi dengan seramai 31,600 orang penduduk.

Dari segi bekalan air bersih, sebanyak 99 buah kampung di daerah tersebut telah pun menerima bekalan air paip terawat manakala selebihnya  179 buah kampung menggunakan bekalan air alternatif (gravity feed).

Manakala bagi bekalan elektrik pula, sebanyak 128 buah kampung di Lubok Antu telah pun menerima bekalan elektrik 24 jam manakala 150 buah kampung menggunakan bekalan elektrik alternatif.

Kerajaan juga turut menyediakan kemudahan akses internet di beberapa buah kampung sekitar Lubok Antu dan usaha sedang dilaksanakan bagi meningkatkan capaian jalur lebar di kawasan ini yang setakat ini  liputan untuk 3G hanya 42.3 % manakala 2G ialah 53.8%

Berkaitan dengan pembangunan juga, pada Februari lepas Kerajaan Sarawak telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Lubok Antu sebagai saluran penyampai maklumat untuk menyelesaikan beberapa masalah-masalah yang dihadapi penduduk di kawasan tertentu dan maklumat akan disampaikan kepada pihak atasan dalam bentuk bertulis

Dari segi kemudahan pendidikan pula, sebanyak empat (4) buah sekolah daif di Lubok Antu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Kesit, SK Skrang, SK Batang Ai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili akan dinaik taraf dan dibina semula dengan kos berjumlah RM15.5 juta dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada awal tahun 2021.

Comments are closed.