Pendidikan, Keusahawanan dan Penjagaan Kesihatan Tumpuan Belanjawan 2021

art-349-01

Penyediaan pendidikan berkualiti tinggi, pewujudan kerja, memenuhi kerjaya, akses penjagaan kesihatan dan sokongan keusahawan untuk para belia merupakan antara aspek yang akan diberi tumpuan dalam Belanjawan 2021.

Menurut Menteri Kewangan YB Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika menghadiri program Jelajah Belanjawan 2021 di Kuala Lumpur pada 5 Ogos, usaha memperkasa usahawan belia adalah antara elemen utama dalam merangka belanjawan berkenaan.

Jelas beliau, golongan belia yang diperkasakan dapat memanfaatkan kemajuan ekonomi dan digitalisasi di samping dapat mengetengahkan penyelesaian inovatif untuk menangani cabaran sosial.

Pada masa yang sama, usaha tersebut juga dapat membantu mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan pada 6 November depan mengandungi empat tema utama, iaitu mengambil peduli terhadap rakyat, memacu ekonomi, kehidupan yang mampan serta menambah baik penyampaian perkhidmatan awam.

Beliau turut memaklumkan kerajaan telah memanfaatkan sejumlah RM500 juta daripada peruntukan RM2 bilion bagi menambah baik serta meningkatkan semula kemahiran pekerja tempatan berikutan isu pengangguran, kesan daripada pandemik COVID-19.

Comments are closed.