Termometer Inframerah Selamat Digunakan

art-348-01Penggunaan termometer inframerah tanpa sentuh digunakan secara meluas di seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan berhubung dengan penggunaan termometer inframerah tanpa sentuh yang tular di laman sosial baru-baru ini mengatakan bahawa ia tidak selamat digunakan kerana boleh menyebabkan kecederaan kepada otak atau lebih spesifik kepada kelenjar pineal.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa penggunaan termometer inframerah tanpa sentuh sebenarnya tidak memancarkan radiasi berbahaya dan selamat untuk digunakan.

Termometer inframerah tanpa sentuh adalah satu peranti yang selamat digunakan asalkan ianya berdaftar dengan KKM kerana ia tidak mengeluarkan radiasi nuklear yang boleh menyebabkan masalah seperti kanser otak dan sebagainya.

Jelas Datuk Dr Noor Hisham, termometer inframerah tanpa sentuh bukanlah alat penembak dan  tidak memancarkan radiasi berikutan ia direkabentuk untuk mengesan dan menyerap isyarat sinaran inframerah dari permukaan kulit yang diubah menjadi isyarat elektik.

Litar elektronik dalam termometer inframerah ini memproses isyarat elektrik untuk menentukan suhu tubuh manusia yang diukur dan memaparkannya di skrin paparan.

Menurut beliau, penggunaan termometer inframerah ini lebih jitu jika suhu disukat pada permukaan dahi atau membran timpanik dan bukannya di pergelangan tangan atau lengan.

Malah, tempat yang paling selamat untuk menyukat suhu adalah di membran timpanik namun, kaedah menyaring sebegini adalah mustahil dan tidak praktikal di tempat awam lagipun kaedah pengukuran di permukaan kulit dahi lebih mudah untuk saringan populasi.

Terdapat juga kajian yang telah dilakukan untuk pengukuran suhu di pergelangan tangan namun, bukti saintifik yang ada pada masa ini tidak dapat memastikan ketepatannya.

Kajian yang dilaksanakan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, KKM mendapati tiada bukti saintifik mengenai kesan sampingan penggunaan termometer inframerah untuk mengukur suhu di dahi.

Comments are closed.