Kompleks UNIFOR, bukti dasar inklusif menjaga kepentingan rakyat berbilang kaum dan agama

art-354-01Lakaran artis Bangunan Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR)

Pembinaan kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) membuktikan dasar inklusif kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dalam menjaga kebajikan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negeri Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyatakan demikian sewaktu mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan kompleks bersama ahli jawatankuasa UNIFOR baru-baru ini.

Beliau yang mewakili jawatankuasa tersebut, turut menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Menteri atas keprihatinan beliau dalam merealisasikan pembangunan projek tersebut.

Berkaitan dengan projek tersebut, jelas beliau ia bukan sahaja menyediakan tapak seluas 1.2 hektar di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching tetapi turut menyediakan peruntukan berjumlah RM70 juta bagi pembinaan bangunan tersebut.

Pada perkara berkaitan menurut beliau lagi, satu upacara pecah tanah bagi pembinaan kompleks tersebut akan diadakan pada bulan September 2020.

Kompleks UNIFOR setinggi 10 tingkat, tersebut jelas beliau akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti pejabat UNIFOR, pusat konvensyen untuk latihan, mesyuarat dan aktiviti-aktiviti lain, bangunan hijau dan teknologi pintar termasuk stesen pengisian kenderaan elektrik.

Comments are closed.