Jabatan Pertanian Sarawak Perluas Penanaman Halia Secara Fertigasi

art-359-01Penanaman halia secara fertigasi di tanah rendah

Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) terus memperluaskan kaedah penanaman halia secara fertigasi kerana ia merupakan satu kaedah alternatif yang telah dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit bawaan tanah.

Bagi memperkenalkan kaedah fertigasi penanaman tersebut, satu sesi khidmat konsultansi serta dialog berkenaan anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Siburan telah diadakan pada 8 Ogos lepas telah melibatkan 21 orang peserta Projek AFF (Agriculture Facilitation Fund) bertempat di Siburan

Melalui sesi khidmat konsultansi tersebut, peserta telah didedahkan dengan fertigasi tanaman halia, kawalan serangga dan perosak halia serta demontrasi kaedah penanaman secara fertigasi, selain tanaman lain seperti cili.

Selain itu, pendedahan kepada varieti yang biasanya menjadi pilihan pengusaha tanaman halia ialah Bentong, Bara, Cina, Indonesia dan Halia Hitam (Black Ginger).

Berbanding varieti lain, halia Bentong antara yang mendapat permintaan yang tinggi namun, tahap pengeluaran yang rendah menghadkan jumlah kapasiti eksport disebabkan kekurangan tanah yang sesuai untuk penanaman halia dan penyakit bawaan tanah.

Tanaman Halia mempunyai nilai komersial dan perubatan yang tinggi malah, produk kesihatan daripada halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sebagainya

Manfaat lain halia juga diyakini dapat membantu meningkat sistem penghadaman dan pencernaan makanan, meningkatkan kesihatan usus selain meningkatkan tahap kesuburan.

Comments are closed.