Kewujudan Teknologi Digital Membuka Peluang Untuk Berniaga

art-364-01Konsep Perniagaan Dropship

Kewujudan teknologi digital telah mengubah kaedah penjualan dan pengedaran produk atau perkhidmatan yang sebelum ini, peniaga perlu melalui berbagai lapisan sistem pengedaran sebelum produk sampai kepada pengguna berbanding kini peniaga menjual terus kepada pembeli.

Selain itu, margin atau untung bersih juga menjadi lebih tinggi kerana kos telah dapat dikurangkan malah potensi untuk meluaskan pasaran menjadi lebih mudah kerana lokasi penjualan tidak terhad pada satu-satu kawasan.

Kini, sudah ramai di kalangan masyarakat termasuk lepasan sekolah, graduan, suri rumah bahkan kakitangan dalam sektor awam dan swasta telah mula berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan bermula sebagai dropshipper bagi menjana pendapatan tambahan.

Ramai yang berminat menjadi dropshipper kerana mereka tidak memerlukan modal yang besar untuk memiliki produk jualan malah, mereka tidak perlu runsing memikirkan ruang untuk menyimpan stok.

Selain itu, mereka juga tidak perlu risau akan barangan tamat tempoh atau produk rosak kerana mereka boleh memilih mana-mana produk yang ingin dipasarkan tanpa perlu risau ‘takut rugi’.

Sebagai dropshipper, mereka hanya perlu fokus pada strategi untuk mencari dan menjual produk memandangkan perkara lain sebahagian besarnya diuruskan oleh pembekal justeru, mereka mempunyai lebih ruang dan masa.

Namun demikian, untuk memastikan produk yang akan dijual adalah berkualiti, sebaik-baiknya dropshipper harus mencuba dahulu produk yang ingin dijual dan memahami produk tersebut untuk memudahkan mereka menjawab pertanyaan daripada bakal pembeli.

Sebagai dropshipper, setiap tempahan yang diterima haruslah segera diurus dengan pihak pembekal.

 

 

Comments are closed.