Ketahui Barangan Keperluan Rumah yang Mendatangkan Kesan Buruk Terhadap Alam Sekitar

art-377-01

Tahukah anda, penggunaan barangan keperluan harian di rumah dapat mendatangkan kesan buruk terhadap bumi ini?

Berikut merupakan beberapa barangan keperluan yang sebenarnya menyebabkan pencemaran dan menjejaskan alam sekitar:

  1. Krim pelindung matahari

Krim pelindung matahari mengandungi Oxybenzone yang merosakkan terumbu karang. Kesannya menyebabkan kecacatan pelik pada tisu lembut karang, kecacatan rupa bentuk serta mampu membunuh.

  1. Cecair pencuci fabrik

Cecair pencuci fabrik ataupun pakaian mengandungi fosfat yang mampu meningkatkan pertumbuhan alga dalam air tawar. Ia mengeluarkan toksin dan mengurangkan oksigen di saluran air yang diperlukan untuk hidupan air.

  1. Alat sedut (inhaler)

Penggunaan alat sedut menyebabkan pencemaran setara dengan C02 sebanyak 116,000 tan bersamaan dengan pelepasan karbon sebanyak 25,000 kereta setiap tahun.

  1. Penyegar udara

Penyegar udara mengandungi limonene yang bertindak balas dengan ozon di udara untuk menghasilkan formaldehid. Pendedahan formaldehid setiap hari boleh menyumbang kepada peningkatan kes asma dan penyakit lain.

  1. Bateri

Bateri untuk perkakas rumah mengandungi merkuri dan bahan kimia toksik. Bahan-bahan ini meracuni tanah dan merosakkan alam sekitar jika tidak dihapuskan dengan betul.

Comments are closed.