Jepun Komersialkan Kereta Terbang Menjelang 2023

art-393-01Pengkomersialan kereta terbang bakal direalisasikan di Jepun pada 2023 

Kereta terbang mungkin menjadi realiti dalam waktu terdekat kerana Jepun sedang merancang untuk mengkomersialkan kereta terbang seawal 2023.

Syarikat pemula (start-up) Jepun, iaitu SkyDrive berharap dapat menjual 100 buah kereta terbang menjelang 2028 dengan harga yang sama dengan kereta mewah.

Laporan Japan Times memetik, kerajaan negara matahari terbit itu menyalurkan dana untuk pembangunan kereta terbang bagi tujuan pengkomersialan mod pengangkutan futuristik pada tahun 2023.

Impian untuk menempuh jarak yang singkat dengan menaiki kenderaan yang mampu melakukan pendaratan dan pendaratan menegak (VTOL) kini merupakan realiti yang benar-benar berlaku di Jepun.

Baru-baru ini, SkyDrive Jepun, telah mempamerkan SD-XX, sebuah pesawat eVTOL dua penumpang yang anggun bersaiz sebuah kereta dengan jarak perjalanan berpuluh kilometer pada kelajuan 100 kmh (62 mph).

Menurut Japan Times, syarikat tersebut berharap dapat menjalankan ujian penerbangan pertama pada musim panas tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyDrive, Tomohiro Fukuzawa yang merupakan bekas jurutera di Tokyo memaklumkan, pihak beliau juga sedang mempertimbangkan untuk melancarkan teksi udara di bandar-bandar besar seperti Osaka dan Tokyo.

Jelas beliau, penerbangan akan dilakukan di laluan laut kerana lebih selamat berbanding penerbangan di tengah-tengah khalayak ramai yang berisiko.

Pembangunan yang dijalankan SkyDrive dijalankan dengan pantas dan menunjukkan kemajuan dengan bilangan pekerja juga telah ditambah.

Sebagai permulaan, syarikat berkenaan merancang untuk memulakan perjalanan pergi balik ke pusat-pusat peranginan termasuk Universal Studio Jepun.

Model awal akan terbang secara automatik dengan pilot automatik, tetapi tidak berfungsi secara autonomi 100 peratus kerana juruterbang masih perlu melakukan manuver sekiranya berlaku kecemasan, jelas Fukuzawa.

Hari ini, beberapa konsep kereta terbang sedang dibangunkan di seluruh dunia yang diterajui oleh syarikat-syarikat seperti Airbus, Boeing dan Uber.

Comments are closed.