NTIS Mendukung Pertumbuhan Ekonomi Melalui Penggunaan Teknologi Disruptif

art-392-01Robot FARMO yang digunakan dalam sektor pertanian telah memudahkan petani

Inisiatif Kotak Pasir Teknologi dan Inovasi Kebangsaan (NTIS) yang dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dijangka akan mempercepatkan peluang pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan teknologi disruptif seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, teknologi dron, teknologi sensor dan infrastruktur 5G.

NTIS mempunyai peranannya tersendiri dalam merangka semula pertumbuhan ekonomi negara melalui inovasi dan teknologi canggih.

Pada masa yang sama, ia turut menyokong dan mempercepatkan usaha kerajaan membangun serta mengkomersialkan teknologi melalui peniaga dan usahawan tempatan.

Beberapa projek rintis turut dilaksanakan di bawah inisiatif NTIS, antaranya Robot FARMO atau Farm Assist Robot for Multi Operation yang digunakan dalam sektor pertanian, Robot Hehabilitasi untuk kegunaan hospital dan Robot Linear untuk aplikasi industri.

Robot FARMO akan melindungi pengguna daripada terdedah dengan bahaya persekitaran sewaktu melakukan aktiviti semburan racun kimia atau organik untuk tanaman.

Selain mengurangkan penggunaan bahan semburan, inovasi Robot FARMO juga dapat melindungi pengguna daripada terdedah dengan bahaya persekitaran sewaktu melakukan aktiviti semburan racun kimia atau organik untuk tanaman.

Inisiatif Kotak Pasir Teknologi dan Inovasi Kebangsaan (NTIS) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 19 Ogos 2020.

Untuk rekod, penubuhan NTIS ini telah diumumkannya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada Jun lalu dengan kerajaan melalui Kementerian Sains dan Teknologi turut  memperuntukkan RM100 juta untuk menggalakkan perkembangan teknologi, inovasi dan kreativiti dalam perkhidmatan dan pengkomersialan inovasi tempatan

Comments are closed.