Pandangan semua pihak diambil kira, kajian penstrukturan semula dan naik taraf Mahkamah Bumiputera Sarawak

art-394-01Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Jaul Samion

Pandangan semua pihak akan diambil kira dalam menjayakan usaha dan kajian Penstrukturan Semula dan Naik taraf Mahkamah Bumiputera

Demikian menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Jaul Samion semasa merasmikan Sesi Libat Urus berkaitan Kajian Penstrukturan Semula dan Menaik taraf Mahkamah Bumiputera Sarawak melibatkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 19 Ogos yang lepas

Sesi  Libat Urus yang diadakan adalah salah satu aktiviti yang telah dirancangkan dalam kajian  penstrukturan semula dan menaiktaraf Mahkamah BumiputeraSarawak dengan pihak konsultan  yang dilantik oleh Kerajaan Negeri diberi mandat di bawah Terma Rujukan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak termasuk NGO.

Mahkamah Bumiputera Sarawak jelas beliau telah menyenaraikan 4 objektif Sesi Libat Urus iaitu bertujuan memaklumkan perkembangan terkini tentang progres kajian menaiktaraf Mahkamah Bumiputera Sarawak di samping menjadi platform kepada peserta untuk berkongsi pandangan, cadangan dan pendapat tentang transformasi Mahkamah Bumiputera terutama perkara yang perlu diberi penekanan.

Selain itu, ia turut membolehkan peserta berinteraksi dan melibatkan diri secara intelektual dengan para konsultan berkaitan isu utama dan bagaimana mereka dapat merealisasikan usaha ke arah tersebut.

Ia turut menyediakan platform secara terbuka atau isu yang berbangkit mengambil kira pertimbangan beberapa fasa-fasa tertentu dalam kajian tersebut.

Untuk rekod, Sarawak dalam usaha mempergiatkan usaha untuk menstruktur semula dan menaik taraf fungsi Mahkamah Bumiputera demi manfaat masyarakat bumiputera Sarawak pada masa akan datang

Jelas beliau lagi, pada matlamat akhirnya institusi Mahkamah Bumiputera Sarawak termasuk hak adat bumiputera perlu dipertahankan, diperkukuhkan dan perlu diperakui serta diperkasakan undang-undangnya

Comments are closed.